Tuesday, August 23, 2011

Great iftar with my homeroom...

Assalamualaikum..wbt...

Pada 20 Ogos 2011, Sabtu, kelihatan gembira dan terujanya anak homeroomku bersama homeroom berkembar fariza kerana hari ini merupakan hari pertama kami membawa mereka keluar...destinasi yang dituju ialah Pasar Malam TAnjung Malim dan seterusnya berbuka puasa di restoren..
Setelah berbincang dengan driver bas pada hari tersebut iaitu Pak Sham, kami bersepakat untuk berbuka puasa di sebuah restoren di Hulu Selangor, walaupun rancangan kami sebenarnya adalah ingin membawa mereka ke Putrajaya.. tapi, tak mengapalah ke mana-mana pun asalkan kami keluar bersama:)
Alhamdulillah...selepas kenyang berbuka puasa, kami menunaikan solat maghrib dan terawih di Masjid UPSi..

                                     Kami sebelum berbuka puasa..(sementara menunggu order)

                                          Kami, ceria bersama :))

Pada 22 Ogos pula, satu lagi majlis berbuka puasa bersama di Felda Residence, Trolak..Alhamdulillah..banyak pilihan makanan untuk kami berbuka puasa bersama walaupun dikenakan bayaran RM17 seorang..
 Kami sempat bergambar sebelum berangkat pulang ke maktab tercinta :))))

No comments:

Post a Comment